Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Aston at Kuningan Suites, Jakarta

Assalamualaikum. Hello.

Nak share tentang Aston at Kuningan Suites yang tuan tanah duduk sepanjang berada di Jakarta pada bulan Januari/Februari lepas. Gila lagging entry kan.


So previous entry pernah cakap hotel ni telah diriki oleh datin maimon. Kami telah membayar dengan harga RM993 untuk 4 hari 3 malam untuk apartment 2 bilik termasuk sekali dengan breakfast untuk 4 orang.


Suasana hotel ni nampak macam mewah & selesa. Mungkin sebab tak ramai orang sebab hotel ni bukan terletak di kawasan tumpuan pelancong.


Eventhough hotel ni agak besar, nak share juga pasal lift dorang. Memang muat kitorang 4 je. Even tak sebesar lift kat Concorde Shah Alam tu. Tapi tak pernah la sampai kena tunggu lama ke untuk guna lift. 

maafkanlah abalong itu.



 Masuk je bilik terus nampak meja makan dan living room. Memang spacious gila. Jangan kata 4 orang, 10 orang pun sesuai duduk sini. According tu abalong, sofa tu comfortable. Maklumla itu la lokasi hibernasi dia sepanjang trip ni.


On left side ada dapur, ada provide microwave, fridge & even dapur. Periuk belanga semua ada disediakan. Tapi oleh kerana kitorang dah jatuh title jutawan kat sana, dapur ni dipandang sepi je. 




Ni rupa bilik utama. Luas bilik ni siap ada satu corner untuk gantung gantung baju dan untuk letak luggage. 


Yang ni 2nd room yang consist of 2 single beds. Takdak tv. Tapi ada lemari & lemari mekap. Bilik utama takdak uols. Meja tulis tulis ada la.



Part ni macam ada pros and cons. Two different room for shower & toilet. Bagusnya, kalau sorang mandi, sorang boleh buat bisnes. Tapi tak praktikal juga bila dia bukan bersebelahan. Worry not, toilet dia ada pipe hose. Kot la korang terus nervous sebab bila tuan tanah cakap 2 bilik ni bukan bersebelahan. Hehehe

Ok ni summary sepanjang tuan tanah menginap disini


  1. Hotel ni bukan terletak di jalan utama, so agak susah untuk kitorang cari hotel ni pada hari pertama. Signage pun kurang. Agak menggagau juga cari sampai kena bukak waze sendiri sebab pak supir pun duk pusing sana sinun beberapa kali. Korang tau la Jakarta ni kan macet sentiasa.
  2. Ada lebih kurang 10 anak tangga korang kena daki untuk sampai ke lobby dari main entrance dia. Yes dorang ada provide parking kat basement tapi tuan tanah kurang pasti kemudahan untuk disabled people. Tuan tanah pun tak nampak sebarang wheelchair ramp dari main entrance untuk ke lobby. 
  3. Takdak sign kiblat. Sejadah will be given upon request. Tapi zaman sekarang kan canggih. Pakai je app dari hp. Tapi make sure double confirm.
  4. The bed & pillow were super duper comfortable. Memang kalau ikut hati tak nak bangun dah kalau sekali dah baring.
  5. 65 TV channels provided untuk TV dorang. 1 kat living room & 1 kat bilik utama. 
  6. Varieties of breakfast menu. Mainly western breakfast. Tapi tak dilupa nasi & keropok.  Dorang ada juga section untuk non-halal. Jangan risau ada tanda nama untuk setiap menu. 
  7. Staffs sangat friendly dan helpful. Ada satu kali kitorang order delivery makanan padahal kitorang belom sampai hotel pun. Receptionist ambil inisiatif untuk call kitorang tanya. 

 Overall, tuan tanah happy duduk sini & ni merupakan salah satu tempat penginapan yang agak besar tuan tanah pernah pergi. Selama ni duduk tempat selalunya limited space almaklumla limited budget. Tapi kan kitorang jutawan. Tarak hal lah. Kepada sesiapa yang tak berapa untuk duduk diluar sedikit dari town, boleh la cuba duduk kat sini. Especially pada yang pergi dalam satu kumpulan besar. Spacious room & good value for money.

Tuesday, June 30, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 4

Hati kembali berkobar untuk siapkan entry pasal trip Jakarta ni sebab dah ada orang confuse jumpa tuan tanah kat airport. #jelingkakakkawasankk

Sambungan entry sebelum ni korang boleh baca kat sini - Jakarta - Parlimen Bersidang Day 3



Hari ni merupakan hari terakhir kitorang kat Jakarta. Since our flight will be at 12.35pm, we decided to check out early so that we could go have one last round of nasi padang. Sebelum tu ni la antara group photo yang kitorang ada sepanjang kat sana. Happy pasal apa tak tau. Happy nak balik atau happy nak makan. 

Urusan check out pun pretty smooth. Insya Allah kalau ada rezeki, nak stay sini lagi. Memang selesa & sesuai untuk yang pergi beramai ramai. 

Dari sini kami terus request kat supir untuk ke Restoran Sederhana untuk our last round of nasi padang. Breakfast nasi padang ko. Apa sajalah yang dorang buh dalam makanan tu sampai teringat ingat. 


Sampai sampai je restoran tu rupanya dorang tengah black out. Walaupun black out, ini tidak melemahkan semangat kami. Makan tetap makan. Jadi makanlah kami bertemankan lilin yang menyinari gelap. Tapi sayang, waktu pagi ni lauk tak banyak lagi yang dah siap kalau compare dengan waktu tengah hari.

Dari sana kami terus ke airport. Oleh kerana kitorang naik Malindo Air, kitorang akan berlepas dari terminal airport jakarta yang paling lama. Masa ni terminal tu pack dengan orang orang yang nak pergi umrah. Dan of course lah kaum kerabat keluarga pun ada kan. Niat nak stay kat luar lama pun jadi terbantut sebab sesak sangat



Bila orang ramai macam ni, tuan tanah mulalah rasa gelisah, panik. Terus cepat cepat ajak dorang masuk untuk check in luggage & tunggu je didalam.


Keputusan yang tepat untuk terus check in sebab kat dalam ni sunyi je. Process check in luggages pun mudah dan bermulalah aktiviti menghabiskan saki baki rupiah yang ada. Maklumlah bukan untung pun tukar balik nanti. Tapi tuan tanah lain sikit lah. Oleh kerana few months later tu nanti nak pergi Bandung trip pulak, so memang tak habiskan.



Masa ni lah terjadinya drama sebabak kakjem. While they were strolling around departure hall, tuan tanah nak lepaskan hajat. Mencari cari toilet while dorang jalan jalan. Entah macam mana boleh tinggalkan bag kat trolley yang datin maimon tolak without handphone with me. Keluar je dari toilet dorang takde kat area situ. 

Mula mula nebes dalam hati je. Cari dari hujung sana hingga ke hujung sinun. Dorang tak dijumpai. Ahh sudah. Dalam hati terfikir takkan diorang dah tunggu kat boarding gate tanpa aku kot kan? Gila sampai hati. Nak tengok jam pun, jam takde. Tanya pulak orang yang lalu lalang. Memang pelik gila sebab lagi 5 minit nak  gate dah bukak. Mana dorang. Pusing lagi sekali dari utara ke selatan. Masuk juga kedai-kedai kot la dorang ada kat dalam kan. Masih tak jumpa kelibat.

Sudahnya terus pergi kat pegawai imigresen dorang dengan harapan dia bagi masuk untuk tengok kalau kalau kawan kawan dah masuk tanpa tuan tanah. Dan semestinyala pegawai tu tak bagi kan. Sudahnya duduk je di kerusi depan entrance gate tu. Badan super sejuk & menggeletar. Helpless gila. Tiba nampak sorang look like Malaysian lady. Terus mintak tolong kalau kalau ada jumpa either 3 of my friends kat dalam ruangan menunggu tu. 

Mata time ni dah start bertakung dah ni. Lagi lagi dah dengar announcement suruh ke boarding gate kan. Tiba tiba nampak kelibat kaklong dari jauh datang. Apa lagi, terus nangis la tak ingat kiri kanan dah. Dan paling pelik dorang sebenarnya duduk dalam Starbucks yang betul betul depan toilet yang tuan tanah guna. Dan tuan tanah dah masuk 2 kali starbucks tu untuk cari dorang tapi tak nampak sebab dorang duduk kat kawasan agak tersorok. Luckily la kaklong pun terfikir what took me so long kat toilet. Dan dia boleh agak yang I left my phone too. So dia pun start cari tuan tanah. Marah juga la memula tu. Sebab takde sapa buat effort tunggu depan starbucks tu since dorang duduk tempat tersorok kan. Tapi biasalah, kawan kawan mana boleh marah lama lama. Sebenarnya lebih kepada terkejut & panik kot. Y___Y 


Tuan tanah masih kurang senyuman lagi sebab masih ada saki baki panik & dorang pun terus jadi tak banyak cakap. Lawak pulak bila time type entry ni. Padan muka diri sendiri. Tinggalkan lagi beg. Harapkan orang pulak jagakan personal belongings kita. Padan muka. 


Flight pun smooth. Kitorang sampai on time. Alhamdulillah settle satu trip untuk kami yang single mingle & available ni. Insya Allah nanti kita buat lagi ye. 

Fuhhhh akhirnya habis juga entry Jakarta trip tuan tanah. Padahal perginya 29hb Januari sampai 1hb Februari. Tuan tanah spent almost 3 juta juga sepanjang trip ni. 2 juta untuk kos bersama termasuk transportation, entrance fee, fuel, tolls, makan & lain lain. Dan 1 juta lagi kos membeli dan belah tuan tanah sepanjang disitu. Boleh tahan jimat juga kalau nak dibandingkan trip Jakarta yang dulu tu. #tepukbahusendiri

Okla. Till next time. Xo

Wednesday, June 24, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 3

Assalamualaikum. Hello hai! Macam mana puasa korang setakat ni? Pejam celik dah hari ke 7 kita puasa. Dia punya haus jangan cakap lah. Tambah tambah tetiba time tu la ko sedu. #pasrah. Haha mengalahkan budak baru belajar puasa kan?

Anyway, tahun ni pun lebih kurang sama macam tahun lepas. Sahur & berbuka ala kadar since berdua je dengan Datin kan. Bazaar ramadhan pun baru sekali je tuan tanah jengah. Dengan membawa duit RM5 sahaja untuk beli kuih muih atau bubur buburan. Wei bahaya wei. Lapar mata ni boleh buat nak beli satu bazaar.

Ok jom cuba sambung entry dari Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 ~ Part 2


View dari apartment kami
Kami ada 2 mission penting untuk hari ketiga. Agak relaxing juga. Tapi ada curfew. Takleh spend lama lama kat 1st mission. 

Kalau pergi Jakarta ni tak sah kalau tak pergi Tanah Abang kan? Syurga membeli belah katanya. Tapi kali ni punya lawatan ke Tanah Abang agak berbeza dari trip 3 tahun lepas. Kalau dulu memang guna tagline shop til you drop. Kali ni lebih man man kata orang. Percaya tak tuan tanah hanya beli 1 je kain pasang itu pun untuk Datin. 

Tapi nak menyampaikan Tanah Abang ni memang mintak gaduh juga. Macetnya masya allah. Kitorang siap nak jalan kaki je, kan main pulak supir tu tak bagi kan. Kononnya nanti susah cari lah, nanti confuse lah. Dan lagi parah bila datin maimon minta dibawa ke blok A. Tapi sang supir dengan selamba masuk parking ke blok B. Katanya nanti jalan je lah ke blok A. Terus datin maimon rasa marah. Oleh kerana nak parking pun jem, kitorang rasa ni harm la kot kalau keluar dulu dan supir bolehla sambung cari parking. Tapi dia beriya tak bagi & suruh kitorang tunggu sampai dapat parking. Mula mula bersabar la juga, tapi kalau dah dari tingkat satu sampai ke tingkat tujuh tu je makan sejam. Terus kitorang insist nak keluar jugak. Buang masa kan?

Percubaan untuk plan route agar tak bazir masa. #Katanya
Benda penting yang kitorang kena beli kat sini adalah membeli kiriman adik datin maimon yang giat meniaga di instagram. Dan yang lelain hanyalah sampingan. Kitorang pulak datang hari Sabtu. Memang extra ramailah dengan orang local & foreigners. Itu yang memang tidak amik kiriman orang. Sapa je message nak order terus tetiba takde coverage hehehe. 



Kedai ni jual pelbagai jenis sarung kaki. Especially yang jenama Soka tu. Beli 1 dozen ke atas jatuh lebih kurang dalam RM1.30 sepasang. Gila tak murah? Cheapest yang kakjem pernah tengok pun RM6 sepasang. 



Dan pengembaraan mencuci mata pun bermula setelah selesai beli kiriman adik datin. Kali ni tuan tanah perasan dah susah sikit nak tawar menawar ni. Agaknya dia tahu kot kat tempat kita memang lagi mahal. So ada juga yang seribu dua pun tak nak bagi kurang. 


Singgah satu kedai ni. Menjual kelengkapan haji. Telekung ala ala telekung Siti Khadijah tu RM60 je uols. Tapi nak tau tak apa masalah besar tuan tanah kalau nak beli telekung. Selain dari kain dia harusla buat yang lain kan. Masalah lagi satu adalah.....


Muka selebar pinggan. Mintak hampun telekung ni bila tuan tanah cuba. 

Dah selesai membeli belah dalam 3 jam, kami sempat alas perut kat food court diorang yang terletak di bahagian parking. Bukan yang belah atas sekali tu ye. Dan terus minta supir bawa kami ke spa berhampiran. Spa yang kami pilih adalah Taman Sari Royal Heritage Spa terletak disebelah FaveHotel Wahid Hasyim. Mujur dalam masa jem untuk ke sana kami call untuk booking. 

Sampai je dia beri buku sebesar menu kat Kenny Rogers tu. Untuk pilih pakej pakej yang kitorang nak & lagi sekali kitorang buat curfew maximum 3 jam sahaja. Mak iz pasrah.

I choose Javanese massage & Foot spa. Yang lain pun choose different package. Semua macam mengeluh sebab ada curfew. I paid Rp460,000 for both packages and it considered cheap gila kan? Selalu pegi massage kat klang ni body je RM60 untuk sejam. 

Dan of course tuan tanah terjebak dalam membeli produk Mustika Ratu Y__Y

Dari spa kami menuju ke Sarinah. Salah satu mall berdekatan disitu. Niat nak borong air nescafe tu. Maklumla kat Malaysia takde. 


Tapi seperti biasa. Niat asal memang tercapai. Niat lain, haruslah dicapaikan juga.



Dan korang tahu kan minyak angin aromaterapi yang roll on tu? Yang tu la tuan tanah beli buat ole ole dari Jakarta kepada teman teman rapat. Tuan tanah suka yang cap Lang jugak. Bau dia memang heaven. 

Malam tu kami pilih untuk dinner Lotteria. Ye. Ni semua tuan tanah punya kerja. Teringin katanya. Call delivery while we on the way back to the apartment. Sekali delivery sampai dulu. Memang tuan tanah rasa hari ni kitorang asyik stuck dalam jem je lah. 

SENYUM SAMPAI KE TELINGA

Aktiviti packing barang pun bermula malam tu. Maklumla esok dah nak balik. Flight lebih kurang jam 1pm. Oh I hate packing.

Till then. Xo.

Friday, June 05, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 ~ Part 2

Assalamualaikum, hello.

On the way turun ke Jakarta kitorang singgah makan tengah hari di Rumah Makan Saung Mirah. Recommended by kaklong's friend. Melilau gak supir nak cari rumah makan ni. Biasanya supir akan suggest kedai kedai yang dia dapat komisen familiar atau famous. Dengan bantuan waze, segalanya mudah. 

Posing dulu sementara tunggu makanan
Rumah makan ni menyajikan pelbagai jenis makanan sunda & cina. Mengikut kepada waiter menu paling famous kat sini adalah ayam bakakak. Oleh kerana perut dah lapar, bila tengok menu tu semua pun nampak sedap. Nak salahkan siapa?




Ni adalah antara menu yang sempat tuan tanah ambil gambar. First time makan nasi yang dibakar dalam buluh. Rasanya nasi tu dah siap baru bakar kot? Sebab takde pulak rasa hangit ke. Rasa? Ok la so - so. Mungkin tak sampai ke lubuk hati yang paling dalam tapi kenyang gak perut. Rumah makan ni bersih & nampak mewah tapi sedihnya part surau. Alahai. Tempat ambil wudhu siap open berdepankan dapur. 

Next kitorang teruskan perjalanan ke Jakarta semula dan berhenti di Grand Indonesia. Ni kira kali kedua tuan tanah ke sini. Dan sama macam dulu, kena scan badan & handbag untuk masuk ke dalam shopping mall ni. 

Motif utama kami ke Grand Indonesia adalah untuk mencuba sendiri kehebatan & kesedapan desserts kat Magnum Cafe. Sumpah ni lah kali pertama tuan tanah nak cuba makan. Semua hanya kerana di Midvalley tu queue panjang sentiasa. Orang duk post sana sini, awak makan hati je.


Magnum Cafe terletak ditingkat 6 bahagian west mall. Masa jalan ke cafe ni, ada jugak nampak few cool cafes yang rasanya patut terjah. Tapi of course tak cukup masa nak cover semua.

Rasa happy gila nampak signboard ni. Tapi kenapa time ni rasa macam menang Masterchef pulak ek? 


Kebetulan masa kitorang datang cuma ada 1 geng yang tengah tunggu giliran so apa lagi masing masing posing lah. Abalong memang dah jadi jurugambar rasmi kitorang dah sepanjang trip ni. hehe


While waiting to be seated, diorang ada provide menu so mungkin boleh jimatkan masa bila dah dapat seat takdela terkial kial nak fikir nak makan apa. Tapi menu dia memang drool lah. Semua pun rasa nak cuba. Memang pening nak buat keputusan. 

Suasana dari meja kitorang. P/s nak tunjuk brother ni sebenarnya. 2 jejaka makan kat Magnum. Sesuatu sangat. kihkih


Pantang dapat duduk & tambah lagi masing masing ada data. Semua jadi anti social. Cakap bila perlu. Order straight to the point je. Dasar sungguh. 


Tak sure Magnum Cafe yang lain, tapi kat sini ada band okay. Sementara tunggu makanan sampai layan band dulu. Lagu Foo Fighters, Matchbox 20. Memang megimbau kenangan lalu sungguh.


Nak jugak entraframe nak cakap betapa dekat jarak kitorang dengan band ni.

Ok get ready telan air liur atau leleh air liur.

De Constructed Cheese Cake. Cheesecake layered with Belgium chocolate crispy & vanilla ice cream with chocolate and caramel sauce. Rp55,000

Parfait de Blanc & Noir. Cookies cream topped with chocolate with brownie ice cream. Rp55,000

Raspberry macaron with jelly & vanilla ice cream with chocolate sauce. Rp55,000

The Grand Gaufre. Belgian waffles with chocolate & vanilla ice cream with melted chocolate milk. Rp65,000

Frites de Brussels. Crispy fries with home made truffle mayonnaise. Rp35,000

Total kitorang spent kat sini Rp373,670 termasuk air. Nama menu tu dah semestinyalah kakjem refer website Magnum Cafe sendiri. Memang tidaklah nak ingat atau nak jot down kan. Kenyang gila makan kat sini. Ni memang dah kira dinner kitorang untuk hari tu. Patutlah branch kat Midvalley tu sentiasa ramai orang. Sedap sedap menu dia. Mungkin lepas ni kena cuba main course dia pulak. Ada ke kat Midvalley eh?

Settle makan kat sini, kitorang jalan jalan window shopping kat mall sebelum balik ke hotel semula. Angan angan tinggi konon balik nanti nak lepak borak borak la, nak main game la. Tapi semua bila nampak katil terus ke aktiviti utama iaitu TIDUR!

Rehatkan diri esok nak terjah Tanah Abang. Till then. Xoxo